Kaedah binaan MMC rancakkan projek prasarana

Kaedah binaan MMC rancakkan projek prasarana

Kaedah binaan MMC rancakkan projek prasarana
FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Pendekatan dalam bentuk kaedah pembinaan yang moden (MMC) perlu diperkenalkan bagi menyokong dan melonjakkan pertumbuhan projek-projek infrastruktur awam dan pembangunan perumahan mampu milik di lokasi strategik, kata Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Dalam kenyataan baru-baru ini, MPC berkata, pelaksanaan MMC perlu bermula seawal fasa visi serta reka bentuk dan diteruskan pada fasa akhir pembinaan termasuk peringkat pra, dalam dan pasca pembinaan.

Wira Nexus Produktiviti Pembinaan dan Alam Bina (COBEPN) Datuk Seri Michael Yam berkata, pelaksanaan MMC secara berperingkat yang berdasarkan pelan tindakan jelas, juga perlu diperkenalkan pada tempoh sepanjang fasa pembangunan dan persekitaran binaan terbabit.



Timbalan Ketua Pengarah MPC Zahid Ismail pula berkata, produktiviti sektor pembinaan bukan hanya satu matlamat namun menjadi keperluan bagi pertumbuhan yang mampan.

“Oleh itu, penerimagunaan MMC di sepanjang kitaran hayat pembinaan itu tidak hanya pendekatan yang berpandangan jauh, tetapi satu langkah penting bagi mencapai produktiviti lebih tinggi dalam industri,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai




Selain itu, MPC berkata, salah satu inisiatif COBEPN adalah program Productivity Step-Up (Peningkatan Produktiviti) yang bertujuan menggalakkan kontraktor menggunapakai MMC.

“Program ini dikendalikan bersama penyedia teknologi yang akan membantu syarikat-syarikat pembinaan dalam menerimaguna teknologi. Selain itu, program ini menggalakkan peserta untuk mengenali dan menilai sebarang cabaran ketika pembinaan serta meneroka penyelesaian teknologi untuk mengatasi cabaran berkenaan.

 

Kaedah binaan MMC rancakkan projek prasarana

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading