Pergaduhan DIBW: Seorang yang ditahan positif dadah

Pergaduhan DIBW: Seorang yang ditahan positif dadah

Pergaduhan DIBW: Seorang yang ditahan positif dadah
Insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, Sabtu lalu

KOTA TINGGI: Seorang daripada empat lelaki yang direman bagi membantu siasatan insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, Sabtu lalu, didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata keputusan diperoleh selepas saringan air kencing dijalankan terhadap semua lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu.

“Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Hussin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak gusar dengan kejadian itu berikutan siasatan telus akan dijalankan tanpa kompromi mengikut undang-undang.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan masyarakat,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Hayda Faridzal Abu Hassan, membenarkan reman tiga hari terhadap keempat-empat lelaki itu, bermula hari ini.



Pergaduhan ketika acara DIBW 2023 di Desaru kelmarin, dipercayai berpunca akibat salah faham antara dua kumpulan peserta motosikal tempatan dan Amerika Syarikat. – BERNAMA

Pergaduhan DIBW: Seorang yang ditahan positif dadah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button