Tangisan bayi di rumah dalam pembinaan

Tangisan bayi di rumah dalam pembinaan

Tangisan bayi di rumah dalam pembinaan
Ramli menunjukkan gambar bayi perempuan yang ditemui di atas lantai simen sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan, pada sidang media di IPD Kuala Selangor, hari ini. – NSTP/AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN

KUALA SELANGOR: Seorang bayi perempuan ditemui di atas lantai simen sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Kampung Pasir Tuntong, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu daripada orang awam pada jam 1.40 pagi.

Beliau berkata, orang awam memaklumkan bahawa bayi terbabit dijumpai dalam keadaan menangis dan dipercayai baru dilahirkan.



“Ketika ditemui, bayi itu masih bertali pusat. Tiada pakaian atau nota ditinggalkan di sekitar lokasi berkenaan.

“Polis juga menghubungi pasukan perubatan bagi memastikan keadaan bayi itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Ramli berkata, pasukan perubatan kemudian membawa bayi itu ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan dan pemeriksaan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Tangisan bayi di rumah dalam pembinaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button