Tengkujuh di Guatemala ragut 32 nyawa

Tengkujuh di Guatemala ragut 32 nyawa

Tengkujuh di Guatemala ragut 32 nyawa
PASUKAN penyelamat melakukan operasi di kawasan Dios es Fiel, koloni Kjell Laugerud di Guatemla City yang terjejas akibat hujan lebat. FOTO AFP.

Guatemala City: Musim tengkujuh Guatemala meragut 32 nyawa, manakala 16 lagi dilaporkan hilang, lapor Xinhua, memetik Koordinator Kebangsaan bagi Pengurangan Bencana (Conred), semalam.

Terdapat kerosakan pada 30 sekolah, 242 jalan dan 31 jambatan, manakala kira-kira 472 kediaman berisiko musnah, lapor agensi itu.

Sementara itu, 5,689 orang hilang tempat tinggal, 10,303 dipindahkan dan 587 ditempatkan di pusat perlindungan akibat hujan lebat.



“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sistem Conred merekodkan enam insiden yang dikaitkan dengan hujan di seluruh negara,” tulis agensi itu di platform media sosial X.

Pada awal Isnin, Sungai Naranjo di Bandaraya Guatemala yang melimpah, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang lemas manakala 15 lagi hilang.

 

Tengkujuh di Guatemala ragut 32 nyawa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button