Che Ta kongsi video kemas baju keluarga

Che Ta kongsi video kemas baju keluarga

Che Ta kongsi video kemas baju keluarga
Che Ta gigih kemas baju anak-anak sebelum bercuti.

WALAUPUN bergelar bintang terkenal namun pelakon Rozita Che Wan tetap melakukan tugas menyiapkan pakaian suami dan anak-anak tanpa bantuan pembantu.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok, Che Ta dilihat berkongsi cara dia memilih serta menyuai padankan pakaian suami dan anak-anaknya yang akan bercuti selama empat hari.

“Tiap-tiap kali anak kami (saya) nak melancong kami yang siapkan baju. Selesaikan masalah dia orang.



 

Che Ta kongsi video kemas baju keluarga
Che Ta kongsi cara kemas baju anak-anak.

Che Ta berkata, apa yang dilakukan itu sekadar tugas sebagai seorang ibu sekali gus menyangkal dakwaan mengatakan anak-anaknya tidak tahu mengurus diri sendiri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




“Orang cakap anak Che Ta tak berdikari ke? Eh tidak. Kami buat apa yang patut kami buat… kemas baju anak-anak,” luahnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 52 tahun itu turut menitip pesan buat dua anak lelakinya agar memilih isteri yang boleh menjaga penampilan mereka dengan baik.

Malah dia berharap anak-anaknya tidak mengadu kepadanya kelak apabila isteri mereka tidak pandai menyuai padan pakaian mereka untuk ke sesuatu majlis.

“Semua mak-mak nak bagi terbaik untuk anak-anak betul tak? Nanti hampa (korang) kalau dah menikah pandai-pandailah cari bini yang boleh jaga hampa pula.



“Jangan dok qeyau (menangis) dekat aku kalau bini buta warna nanti,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sebelum ini menerusi satu temu bual, anak sulung Che Ta iaitu Ammar Effendy mendedahkan ibunya sentiasa menjaga penampilan mereka termasuk pemilihan pakaian harian.

Che Ta kongsi video kemas baju keluarga
Che Ta anggap kemas baju anak-anak sebagai tugas ibu.

 

Ammar juga mendedahkan dia baharu sahaja memiliki sepasang selipar beberapa tahun lalu yang mana sebelum ini ia adalah benda larangan dalam berfesyen.



Untuk rekod, Che Ta dan Zain, 39, berkahwin pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Sebelum itu, aktres berkenaan pernah mendirikan rumah tangga dengan Azuar Effendy zulkafly pada 26 Ogos 1995 namun bercerai pada 8 Mei 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 27 dan Aniq Ezzra, 25 tahun.

Che Ta kongsi video kemas baju keluarga




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading