Jambi tutup sekolah tiga hari kerana jerebu



Jambi tutup sekolah tiga hari kerana jerebu

Jambi tutup sekolah tiga hari kerana jerebu
FOTO pada 1 Oktober 2023 menunjukkan jerebu di Jakarta. FOTO

Jakarta: Pihak berkuasa Jambi, Indonesia, menutup semua sekolah di wilayah itu selama tiga hari dan melaksanakan pembelajaran jarak jauh (PJJ) susulan darurat jerebu akibat kebakaran hutan.

Portal Kompas melaporkan, sekolah yang ditutup mulai dari peringkat tadika hingga menengah, baik negeri mahupun swasta.

Penutupan sekolah bermula 2 hingga 4 Oktober kerana kualiti udara di Jambi, sudah hampir seminggu dalam kategori berbahaya atau tidak sihat.



Kebakaran hutan di Jambi terjadi di pelbagai titik dengan keluasan lebih 500 hektar.

Asap kebakaran yang mencemari udara Jambi juga berasal dari wilayah Sumatera Selatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  


“Datuk Bandar mengeluarkan pekeliling mengenai pelaksanaan pembelajaran pada ketika jerebu Jambi.

“Pekeliling itu menuntut PJJ atau secara dalam talian,” kata jurucakap pemerintah Jambi, Abu Bakar melalui keterangan bertulis pada 1 Oktober.



Jambi tutup sekolah tiga hari kerana jerebu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker