Dua beradik maut depan sekolah

Dua beradik maut depan sekolah

Dua beradik maut depan sekolah
Dua beradik maut di depan SK Bagan Datoh, pagi tadi. – Foto IHSAN PEMBACA

BAGAN DATUK: Dua pelajar maut selepas motosikal mereka dirempuh kereta di KM45 Jalan Hutan Melintang – Bagan Datuk, di depan Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Datoh, hari ini.

Dalam kejadian jam 7 pagi, mangsa Muhammad Lutfil Faiq Abdullah, 15, dan adiknya, Nur Lidiya Faiqah Abdullah, 13, difahamkan dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Muar yang terletak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata berdasarkan siasatan awal, kemalangan itu membabitkan motosikal yang ditunggang oleh pelajar lelaki berusia 15, dibonceng adiknya itu bergerak dari arah pekan Bagan Datuk menghala ke arah Hutan Melintang.



“Setiba di tempat kejadian, motosikal mangsa disyaki memotong dengan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu seorang wanita berusia 28 tahun.

“Nahas terbabit mengakibatkan dua beradik itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu wanita cedera ringan.

“Mayat adik-beradik berkenaan dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Adnan berkata, kes disiasat mengiku Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Beliau berkata, orang awam yang menjadi saksi diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hanif Ghazali di talian 013-8211978 atau 05-6122222.

Dua beradik maut depan sekolah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading