Penjawat awam mengaku salah curi lembu

Penjawat awam mengaku salah curi lembu

Penjawat awam mengaku salah curi lembu
Seorang penjawat awam, Mohd Balian Sidek, 43, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan termasuk mencuri lembu di Machang pada 25 September lalu di Kampung Joh Labo, Machang. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Seorang penjawat awam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan termasuk mencuri lembu di Machang pada 25 September lalu.

Tertuduh, Mohd Balian Sidek, 43, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amal Razin Alias.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mencuri lembu daripada milikan, Abdul Manaf Arifin, 52, di Kampung Joh Labok, Machang pada jam 5.30 pagi, 25 September lalu.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian boleh dihukum penjara dan denda atau sebat.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengingkari suatu perintah diisytiharkan seorang anggota polis yang meminta tertuduh menyerah diri, sebaliknya tertuduh melarikan diri dengan kereta hingga menyebabkan berlakunya pelanggaran.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 118 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga sebulan atau denda sehingga RM400 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nursyafiqah Mohamad dan tertuduh tidak diwakili peguam.



Terdahulu, Nursyafiqah mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin RM8,000.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM4,000 dan menetapkan Ahad ini sebagai tarikh hukuman dan fakta kes.

Penjawat awam mengaku salah curi lembu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA




 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading