Piala Cabaran: Kelantan United pasukan lebih baik – Silva

Piala Cabaran: Kelantan United pasukan lebih baik – Silva

Piala Cabaran: Kelantan United pasukan lebih baik – Silva
PEMAIN berpengalaman, Mohd. Syazwan Zainon (tiga dari kanan) meledak gol pertama Kelantan United ketika tewaskan Kelantan FC 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam. MFL

KOTA BHARU: Sekalipun Kelantan FC masih dianggap kelab utama di negeri Cik Siti Wan Kembang, status itu tidak lagi menghadirkan rasa gerun kepada skuad ‘adik’ Kelantan United.

Pada aksi suku akhir kedua Piala Cabaran di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam, pengendali Kelantan United, Ailton Silva hanya menurunkan ‘barisan kedua’ namun The Green Deers nyata lebih berkualiti untuk catatkan kemenangan 4-0.

Silva menjelaskan perlawanan ini jadi peluang terbaik buatnya beri minit permainan kepada pemain simpanan dan akui gembira dengan kerja keras dipamerkan anak buahnya.



“Saya gembira dengan keputusan perlawanan ini kerana kami telah menukar 11 pemain dalam kesebelasan utama dan mereka bermain dengan baik untuk mendapatkan kemenangan.

“Secara jujur, pasukan kami mempunyai kelebihan untuk mara ke peringkat seterusnya. Jadi saya memutuskan untuk memberi peluang kepada pemain simpanan memulakan perlawanan,” katanya.

Kejayaan itu menyaksikan Kelantan United mara ke separuh akhir dengan kemenangan 11-0 secara agregat.

Secara tidak langsung, Silva merasakan pendekatannya itu mampu membina keyakinan diri pemain dan paling utama adalah mahu beri layanan sama rata.



“Sebahagian pemain (pemain utama) telah mempunyai minit perlawanan yang cukup manakala sebahagian lagi memerlukan minit perlawanan. Kita perlu juga beri peluang kepada pemain simpanan untuk membuktikan keupayaan masing-masing.

“Pada perlawanan kali ini mereka sudah buktikan kepada saya yang semua orang boleh bermain dan bantu pasukan raih kemenangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Piala Cabaran: Kelantan United pasukan lebih baik – Silva


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading