Cuckoo tawar tiga kondo, tiga Tesla untuk pelanggan

Cuckoo tawar tiga kondo, tiga Tesla untuk pelanggan

Cuckoo tawar tiga kondo, tiga Tesla untuk pelanggan
Hoe (tengah) pada pelancaran Penapis Udara Cuckoo U Model dan Penapis Air Cuckoo Grande.

Kuala Lumpur: Berikutan sambutan menggalakkan diterima bagi Peraduan ‘Beli Cuckoo Menang Kondo’, Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd (Cuckoo International) mengumumkan untuk melanjutkan peraduan berkenaan dengan nilai hadiah lebih besar dan hadiah lebih menarik.

Ia berlangsung bermula 1 Oktober 2023 hingga 31 Disember 2023, dijangka menyuntik keterujaan dengan jumlah hadiah bernilai RM3 juta ditawarkan, meningkat daripada RM2 juta sebelum ini.

Peraduan itu juga menyaksikan hadiah menarik baharu yang ditawarkan, termasuk 90 hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 (naik daripada RM1,000 sebelum ini dan ditawarkan secara eksklusif untuk pelanggan sedia ada saja), tiga unit Tesla Model 3, tiga unit Proton Saga, dan tiga unit Pangsapuri Servis Exsim D’Terra.



Malah, cabutan hadiah diadakan setiap bulan dan bukan setiap dua minggu seperti sebelum ini.

Cuckoo tawar tiga kondo, tiga Tesla untuk pelanggan
Duta Cuckoo, Datuk Seri Siti Nurhaliza menurunkan tandatangan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, KC Hoe berkata, sambutan ulang tahun ini mewakili visi syarikat serta menyerlahkan semangat iBeyond Standards untuk memenuhi harapan tinggi rakyat Malaysia.

“Peraduan ini menjadi lebih besar, dan pada hari ini, kami terus memperkenalkan produk berinovasi yang mewakili usaha kami untuk #SAMASAMA memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan lebih sihat dan lebih bahagia.

“Ini menjadikan sambutan ulang tahun kesembilan sangat bermakna dengan mesej untuk memperkasakan lebih ramai menjadi lebih sihat,” katanya dalam kenyataan.



Dalam pada itu, menurutnya dalam usaha untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk menerapkan kesejahteraan dengan lebih baik ke dalam kediaman mereka, Cuckoo International memperkenalkan dua produk baharu supaya rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.

“Produk inovasi itu termasuk Penapis Air Cuckoo Grande, model tangki pertama dengan air 100°C yang direka khas untuk rakyat Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA




“Penapis air ini bukan saja berkapasiti padat dengan pelbagai fungsi tetapi mempunyai reka bentuk minimalis agar sesuai dengan kediaman. Ia mampu mensterilkan paip dengan air pada suhu 100°C dan menyingkirkan 99.9 peratus bakteria,” katanya.

Selain itu, ia turut memperkenalkan Penapis Udara Cuckoo U Model yang lengkap dengan penyerapan 360°, dan liputan yang tiada tandingan sehingga 1,161 kaki persegi, sesuai untuk penggunaan komersial.

Penapis udara ini juga dilengkapi dengan Penapis Ultra-Deo HEPA+, membolehkan ia menapis sehingga 99.99 peratus bakteria dan virus di udara, dan juga disalut dengan Tembaga Sulfida yang memberikan penapis udara ciri antivirus, antibakteria dan antikulat.

Cuckoo tawar tiga kondo, tiga Tesla untuk pelanggan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading