EPL: Rasmus Hojlund seru semangat Manchester United
EPL: Rasmus Hojlund seru semangat Manchester United

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Rasmus Hojlund berharap pemain-pemain pasukan itu terus mengekalkan semangat kerjasama menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brentford di Old Trafford malam ini.
United berada dalam situasi sukar ketika ini apabila terus dirundung malang selepas tewas 2-3 kepada Galatasaray dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) Rabu lalu yang menyaksikan Casemiro turut dilayangkan kad merah.
Justeru, Hojlund yang meledak dua gol pada perlawanan itu menggesa rakan sepasukan supaya tidak mudah mengalah dan melakar kebangkitan ketika melayan kunjungan Brentford di laman sendiri nanti.
“Apa yang saya ingat, kami selalu beri peluang kepada pasukan lawan untuk menjaringkan gol sebaik sahaja kami menembusi pintu gol mereka. Kami perlu buat analisis bagi memastikan perkara ini tidak berulang.
“Memang benar kami berada dalam situasi yang cukup genting ketika ini, jadi semua pemain United perlu bersatu kerana itu satu-satunya cara untuk kami keluar daripada situasi sukar,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin ‘lantik’ Menteri Besar Pahang baru ganti Wan Rosdy
- Bikin Malu!, hanya 300 orang hadir ceramah Muhyiddin
- PMX Anwar Ibrahim perlu pasukan Kabinet lebih jitu
Sementara itu, pemain tengah United, Christian Eriksen berharap pemain-pemain United menjadikan kekalahan kepada Galatasaray sebagai pengajaran dalam usaha mereka memperbaiki permainan musim ini.
“Saya tidak fikir pasukan ini tidak ada keyakinan, mungkin ia lebih kepada tahap kesedaran dan ketajaman pemain. Itu merupakan masalah yang perlu kami selesaikan dengan kadar segera,” ujarnya. – AGENSI
EPL: Rasmus Hojlund seru semangat Manchester United
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA
- PAS Kehilangan Punca Bila Di Tanya Mengenai Perlantikan Mahathir
- Alasan PAS tidak tandingkan jawatan ‘top 5” meragukan.
- Mahkamah Amerika Serahkan Roger Ng Kepada Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :