SELBIZ 2023 sasar transaksi RM1 juta

SELBIZ 2023 sasar transaksi RM1 juta

SELBIZ 2023 sasar transaksi RM1 juta
Mohd Najwan (kanan) semasa sidang media selepas Majlis Perasmian Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) 2023 di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam hari ini. FOTO BERNAMA

Shah Alam: Ekspo Usahawan Selangor 2023 (SELBIZ 2023) anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diadakan selama tiga hari bermula semalam, menyasarkan jumlah transaksi jualan pempamer kira-kira RM1 juta.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata penganjuran edisi kedua ekspo itu yang disertai sekitar 200 gerai jualan usahawan dari pelbagai industri antaranya pembuatan, peruncitan dan perkhidmatan dijangka menarik kira-kira 15,000 pengunjung.

Katanya ekspo itu juga bertujuan menjadi medan kepada usahawan yang menyertainya untuk mempromosikan jenama produk mereka serta berpeluang meluaskan pasaran perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi.



“Perancangan kita selepas ini, kalau boleh setiap tahun, kita nak jadikan SELBIZ sebagai program tahunan kerajaan negeri menerusi PKNS sebagai pelaksana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan SELBIZ 2023 di Pusat Konvensyen Setia City (SACC) di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mahmud Abbas berkata selain mempromosi dan memasarkan produk usahawan secara terus kepada pengunjung, SELBIZ 2023 juga bertujuan memberi peluang kepada peserta untuk meneroka peluang dan memanfaatkan jaringan sesama usahawan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?




Menerusi SELBIZ 2023, program padanan perniagaan diadakan khas kepada usahawan yang menyertai membabitkan agensi kerajaan dan pasaraya antaranya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), SME Corp Malaysia (SME Corp) dan Agrobank.

Menerusi SELBIZ kali ini, pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kaunter perkhidmatan bergerak yang disediakan sepanjang ekspo itu berlangsung.

Selain itu, PKNS turut membuka peluang kepada yang berminat untuk mendapatkan rumah pertama menerusi pameran Rumah Selangorku di kaunter penerangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) yang disediakan sempena SELBIZ 2023 ini.

Pengunjung yang berminat turut berpeluang menyertai SELBIZ Run 2023 sejauh lima kilometer (km) dan 10km yang akan diadakan esok. Ekspo itu turut menyediakan zon kanak-kanak bagi menambah keriangan seisi keluarga.



SELBIZ 2023 sasar transaksi RM1 juta

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading