Syada Amzah sudah kerja sejak usia 13 tahun
Mahu kongsi penyata bank tapi bimbang riyak
Syada dedah dirinya mula berkerja sejak 13 tahun.
MENANGKIS tuduhan netizen menjadi beban Shila Amzah, penyanyi Syada Amzah memberitahu perkara itu tidak benar sebaliknya dia sudah mula bekerja sejak berusia 13 tahun.
Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 25, malah berkata, dia sudah mula berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain sejak berada di tingkatan tiga.
“Salah adik nak serang ni. Saya mula bekerja sejak berusia 13 tahun, sara diri pada usia 15 tahun,” katanya.
Syada berkongsi perkara itu ketika membalas salah satu komen daripada netizen berhubung kemelut melibatkan adik beradiknya yang hangat diperkatakan.
Bagi membuktikan dia tidak bergantung kepada Shila, Syada juga tidak teragak-agak berkongsi penyata bank miliknya kepada umum.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Sedang Menderita, Menteri Syok Yam Seng
- Cuba Halang Bahas Isu Palestine, Apa Yang Takiyuddin Mahu Buktikan?
- Mungkinkah Sanusi Terlibat Dalam Skandal Beras Kedah?
Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.
Namun kata Shila, jika dia berbuat demikian dibimbangi dituduh sebagai riyak.
“Betul-betul kelakar baca komen, kongsi penyata bank kata riyak pula,” ujarnya.
Bagaimanapun ramai tidak mempercayai perkara itu sebaliknya mendakwa Syada mungkin menggunakan wang sendiri untuk keperluan peribadi namun perkara lain ditanggung Shila.
Malah netizen menyarankan Syada membeli banglo berkenaan daripada Shila jika penyata bank yang ingin ditunjukkan boleh mendatangkan riyak.
“Kalau penyata bank itu boleh mendatangkan riyak, mesti boleh beli rumah itu daripada Shila. Selepas itu halaulah Shila daripada rumah itu ibarat kucing kurap.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menang PRK Pelangai, Benarkah Melayu Sudah Kembali Pada UMNO?
- Kisah Pelik Tapi Benar Isham Jalil
- Mahathir liabiliti, antara faktor kekalahan PN.
“Cuba kongsi sikit penyata bank itu, kami nak tengok. Sara diri beli barang keperluan kot… Makan minum di rumah ditanggung oleh kakak juga,” antara komen netizen.
Isnin lalu, Syada mendakwa dia bakal dihala keluar daripada kediamannya yang bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.
Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya daripada banglo tersebut.
Jelas Shila, tujuan dia mahu menjual banglo berkenaan kerana ingin mencari rumah baharu yang lebih selesa untuk ibu mereka.
Isu ini terus berlarutan apabila Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual rumah tersebut.
Dia juga mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran.
Tidak terhenti di situ, Shila didakwa datang ke rumah keluarganya dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Fauziah.
Syada Amzah sudah kerja sejak usia 13 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Aset 1MDB Jadi Dana Parti Dalam PRU15?
- KJ & Ismail Sabri Jumpa Najib Untuk Keringkan Peluh Siapa?
- Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.