Negara Arab kecam serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia

Negara Arab kecam serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia

Negara Arab kecam serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia
TANGKAP layar video AFPTV menunjukkan rakyat Palestin mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan dan hentaman bom sehingga membentuk kawah di kem pelarian di Jabalia di utara Semenanjung Gaza, pada 31 Oktober 2023. FOTO AFP

Istanbul: Negara-negara Arab mengutuk serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia di utara Gaza pada Selasa hingga menyebabkan ratusan terbunuh dan cedera, lapor Agensi Anadolu.

Arab Saudi menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap kem Jabalia.

Kenyataan itu menegaskan bahawa “mencegah pertumpahan darah, melindungi orang awam dan menghentikan operasi ketenteraan adalah penting dan tidak boleh ditangguhkan.



Kegagalan untuk mematuhinya akan membawa kepada krisis kemanusiaan dengan Israel dan masyarakat antarabangsa perlu bertanggungjawab.”

Sementara itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kenyataan turut mengutuk serangan berkenaan dan menekankan “keperluan gencatan senjata segera untuk mengelakkan pertumpahan darah.”

Qatar menggesa masyarakat antarabangsa segera bertindak menghentikan pembunuhan dan kemusnahan.

Kementerian Luar Qatar menjelaskan bahawa insiden itu “meningkatkan ketegangan dan akan menjejaskan usaha rundingan serta mencetuskan lebih banyak ketegangan, keganasan dan ketidakstabilan.”



Selain itu, Jordan, Yaman dan Mesir juga berkongsi naratif serupa.

Kementerian Luar Mesir “mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan Israel” dan menyifatkan serangan itu sebagai “pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.”

Dalam pada itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyeru “masyarakat antarabangsa segera campur tangan menghentikan pencerobohan terbabit.”

Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit, juga mengutuk pengeboman Israel ke atas kem Jabalia,” dan mengulangi gesaannya untuk menghentikan serta-merta operasi ketenteraan di Gaza.



Negara Arab kecam serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Peguam Negara Tolak Representasi, Saudagar Minyak Masak Di Heret Ke Mahkamah


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading