Shila Amzah tak selesa individu tiada pertalian ada di rumah

Banglo pula dipenuhi kucing

Shila Amzah tak selesa individu tiada pertalian ada di rumah

Shila Amzah tak selesa individu tiada pertalian ada di rumah
Shila terkejut kucing peliharaan milik keluarganya makin bertambah

PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa pelik apabila kucing peliharaan keluarga di banglo miliknya semakin bertambah sejak teman wanita adik lelakinya dikenali sebagai Eiza menetap di rumah itu.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata, dia sendiri terkejut selepas mengetahui haiwan peliharaan itu yang berjumlah 20 ekor pada asalnya sudah bertambah banyak.

“Kalau setakat 20 ekor kucing memang boleh diuruskan tapi tiba-tiba hari itu mereka kata kucing di rumah ada 40, 50 ekor… Mana saya tahu, saya tidak tinggal di situ.



Shila Amzah tak selesa individu tiada pertalian ada di rumah
Shila membuat pendedahan menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

“Tapi apa yang saya dengar rupanya dia (Eiza) bawa 10 ekor kucing ke rumah kami, makanya bertambahlah kucing kami… Selagi ada kucing di dunia ini semua dia bawa balik,” katanya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok pada malam Khamis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah MY Airlines Bermaksud Muhyiddin Yasin Airlines?




Dalam pada itu, Shila berkata, dia berasa tidak selesa apabila kediaman mereka didiami individu luar apatah lagi tanpa ada sebarang ikatan kekeluargaan.

“Tak tahu macam mana setiap kali saya datang rumah dia ada. Saya mestilah tidak selesa kita nak buka tudung atau bercerita kalau datang rumah ada orang lain.

“Selepas itu kucing bertambah-tambah pula, kali terakhir yang saya tahu kucing ada 20 ekor sahaja. Cuba bayangkan sekarang kucing dah ada berapa banyak?” luahnya.

Sementara itu, Shila berkata, dia pernah mencadangkan kepada ibunya Fauziah Sarman agar hanya membawa beberapa ekor kucing kesayangannya apabila mereka berpindah ke kediaman baharu kelak.



“Saya sudah cakap dengan mak lebih kurang setahun lalu saya nak jual rumah. Mana-mana kucing kesayangan tu bawalah dalam empat ekor, selebihnya beri pada orang lain,” katanya.

Pada Khamis, Shila memberi amaran kepada Eiza agar keluar daripada banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

 

Shila Amzah tak selesa individu tiada pertalian ada di rumah
Shila berhasrat untuk membeli kediaman baharu buat keluarga.

Kata peserta program Famili Duo musim 3 (FD3) ini, dia juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika individu itu berdegil dan terus menetap di rumah tersebut.



Sebelum ini, adik lelaki Shila iaitu Amir Syafiq, 30, memberi alasan untuk diberikan sedikit masa bagi membersihkan rumah ketika dimaklumkan mengenai kehadiran seorang individu untuk menilai banglo milik penyanyi berkenaan.

Syafiq memaklumkan keadaan rumah mereka agak bersepah disebabkan mempunyai 40 ekor kucing.

Shila Amzah tak selesa individu tiada pertalian ada di rumah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button