Pemisah Papua dakwa bunuh 13 tentera Indonesia

Pemisah Papua dakwa bunuh 13 tentera Indonesia

Pemisah Papua dakwa bunuh 13 tentera Indonesia
GAMBAR yang dihantar TPNPB 14 Februari lalu menunjukkan keadaan Philip Merthens (tengah) yang dijadikan tebusan kumpulan pemisah Papua.-AGENSI

PAPUA: Kumpulan pemisah di wilayah Papua mendakwa sudah membunuh sekurang-kurangnya 13 tentera Indonesia selepas pihak berkuasa menghantar pasukan keselamatan untuk mencari juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens yang dijadikan tebusan kumpulan tersebut sejak Februari lalu.

Lapor CNN, Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat (TPNPB) dalam satu kenyataan berkata, puak pemisah menyerang dua pos tentera Indonesia di daerah Yal dan Mugi di daerah Nduga hujung minggu lalu.

Kenyataan itu menyebut puak pemisah menembak mati 13 pegawai tentera dan polis Indonesia di daerah Mugi.



Jelas kenyataan itu, satu mayat sudah dipindahkan oleh tentera Indonesia, tetapi kumpulan pemisah masih memiliki 12 mayat namun mereka tidak memberikan sebarang bukti berhubung dakwaan tersebut.

Dalam sidang media yang disiarkan di televisyen Ahad lalu, tentera Indonesia mengesahkan, seorang anggota mereka terbunuh ketika menyusup ke kawasan berhampiran tempat Mehrtens dipercayai ditahan.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Gesa Supaya Zeti Di Dakwa



 

Jurucakap tentera, Julius Widjojono berkata, beberapa anggota tentera lain turut hilang tetapi cuaca menyukarkan untuk menentukan lokasi mereka.

Dalam insiden berasingan, kumpulan pemisah turut mendakwa sembilan askar Indonesia dibunuh selepas ditangkap di daerah Yal.

Serangan ke atas pos tentera Yal merupakan misi balas dendam berikutan operasi tentera Indonesia di kawasan itu pada akhir Mac lalu, apabila tentera membunuh seorang wanita hamil dan dua anggota kumpulan pemisah.



Jurucakap tentera di Papua, Herman Taryaman menafikan tentera melakukan serangan tersebut sebaliknya menjelaskan bahawa pasukan keselamatan sebenarnya melindungi orang awam yang dihalau oleh kumpulan tersebut.

TPNPB berkata, mereka telah mencadangkan rundingan damai dengan kerajaan New Zealand dan Indonesia, tetapi selama dua bulan surat mereka tidak diendahkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button