Dalam Butik UNIQLO Ada Kedai Kopi? [VIDEO] 

Dalam Butik UNIQLO Ada Kedai Kopi? [VIDEO] 

Dalam Butik UNIQLO Ada Kedai Kopi? [VIDEO] 
Dalam Butik UNIQLO Ada Kedai Kopi? [VIDEO]
UNIQLO hari ini meraikan pembukaan semula secara rasmi outlet di Fahrenheit88, Kuala Lumpur. Jadi apakah pembaharuan besar yang mereka lakukan?

Selepas penutupan menyeluruh selama lima bulan, kini mereka telah menyediakan pelbagai keunikan terbaharu di dalam outlet. Antaranya pelanggan boleh menghirup minuman kopi segar sambil membeli-belah di UNIQLO Coffee.



Terletak agak tersembunyi di dalam outlet,  anda boleh menemuinya dengan mencari papan tanda bercahaya yang bertulis “UNIQLO Coffee” betul-betul di atasnya. Kalau susah sangat nak cari, ia boleh didapati berdekatan dengan bahagian pakaian musim sejuk.

Buat masa ini UNIQLO Coffee  hanya menyajikan beberapa pilihan minuman sahaja, kebanyakannya adalah kegemaran ramai di kalangan rakyat Malaysia, dengan harga yang tidak terlalu mahal. Lihat harga di bawah.

Minuman (Panas dan Sejuk)

  • Americano (RM7.90)
  • Latte (RM9.90)
  • Matcha Latte (RM14.90)
  • Coklat (RM14.90)

Snek & Pencuci Mulut

  • Valrhona Double Chocolate (RM6.90)
  • Red Velvet With Macadamia (RM6.90)
  • Pecan With Brown Butter (RM6.90)
  • Matcha Black Sesame (RM6.90)
  • Dried Marshmallow (RM6.90)
  • Lotus Biscoff (RM6.90)
  • Minty Chocolate (RM6.90)

 

Menarik bukan? UNIQLO Coffee, yang pertama seumpamanya di Malaysia, menawarkan kedua-dua pilihan bawa pulang dan menjamu selera di dalam outlet.

Selain itu, terdapatk erjasama istimewa dengan Red Hong Yi,  merangkumi falsafah inklusif UNIQLO, “Made For All,” yang boleh diakses secara eksklusif untuk UTme!



Untuk maklumat lanjut tentang UNIQLO, sila layari www.uniqlo.com/my.

Dalam Butik UNIQLO Ada Kedai Kopi? [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading