Jebat Jayden Menari Ala-Ala Bollywood Cetus Perhatian Ramai [VIDEO]

Rosix Kuat Mengajar!

Jebat Jayden Menari Ala-Ala Bollywood Cetus Perhatian Ramai [VIDEO]

Jebat Jayden Menari Ala-Ala Bollywood Cetus Perhatian Ramai [VIDEO]
Jebat Jayden Menari Ala-Ala Bollywood Cetus Perhatian Ramai [VIDEO]
Siapa yang tidak kenal dengan anak lelaki pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden yang semakin menjadi perhatian warganet. Kepetahan bercakap Jebat Jayden membuatkannya mempunyai ramai pengikut di sosial media kerana telatahnya yang kadangkala melucukan itu.

Jebat Jayden sering menjadi perhatian ramai tidak kira bersama siapa pun dia berada pasti akan ada gelagat yang mencuit hati yang dilakukannya itu. Semua telatahnya sering dikongsikan di sosial media dan membuatkan ramai yang terhibur.

“Hilang Gangster Jebat Dok Dengan Rosix Ni”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Rosix Omar yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 48 ribu, tanda suka sebanyak 2 ribu dan hampir 50 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Jebat Jayben melakukan aksi bersama pistol mainannya sambil memakai baju ala-ala Bollywood. Kemudian Rosix menyuruhnya pula untuk menari ala-ala filem Hindustan.



@rosixomar25

#rosixomar #jebatjayden

♬ original sound – Rosixomar – Rosixomar

Rata-rata netizen terhibur melihat telatah Jebat Jayden yang mengikut sahaja apa yang disuruh oleh Rosix itu. Mereka juga mengatakan bahawa Rosix pandai bermain dengan kanak-kanak seperti Jebat Jayden itu.



“Rosix ni pandai betul ajar budak2, sampaiu joget la si Jayden ni”

“Hahahahaha beby kena kurangkan jumpa Rosix”

“Rosix tak pernah tak tingtong”

“Rosix yang rosak ka, baby yang rosak? comel tangan dia menari tu”-kata mereka



Jebat Jayden Menari Ala-Ala Bollywood Cetus Perhatian Ramai [VIDEO]
VIA TIKTOK

Apa-apa pun, itu hanyalah gurauan Rosix dengan Jebat Jayden sahaja bagi memeriahkan suasana. Semoga kita semua diberikan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Jebat Jayden Menari Ala-Ala Bollywood Cetus Perhatian Ramai [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button