Skrin LED di tengah bandar ditutup kerana filem lucah

Skrin LED di tengah bandar ditutup kerana filem lucah

Skrin LED di tengah bandar ditutup kerana filem lucah
SKRIN iklan LED yang tidak beroperasi susulan insiden berkenaan. FOTO AFP

Baghdad: Pihak berkuasa Iraq, pada Ahad, mengarahkan penutupan skrin iklan LED yang dipasang di seluruh bandar ini selepas seorang penggodam menayangkan satu filem lucah secara terbuka di skrin berkenaan.

Pada petang Sabtu, sumber keselamatan yang enggan namanya disiarkan memberitahu ada seseorang berjaya menggodam skrin pengiklanan di Dataran Uqba bin Nafia iaitu sebuah persimpangan utama di pusat bandar Iraq.

“Penggodam itu menayangkan filem lucah selama beberapa minit sebelum kami memotong kabel kuasa,” katanya.



Video filem lucah ditayangkan ketika kereta melintas di tengah bandar itu dikongsi secara meluas di media sosial.

“Adegan tidak bermoral itu mendorong pihak berkuasa untuk menutup semua skrin pengiklanan di bandar ini semasa mereka menyemak langkah keselamatan,” jelas pegawai keselamatan itu.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri menerusi satu kenyataan memaklumkan seorang suspek ditahan, tanpa memberi butiran terperinci.

Beberapa skrin yang biasanya memaparkan iklan barangan isi rumah atau calon politik sebelum pilihan raya ditutup pada pagi Ahad, menurut seorang jurugambar AFP.



Iraq yang sebahagian besar penduduknya adalah konservatif mengumumkan pada tahun lalu perancangannya untuk menyekat laman web lucah, tetapi banyak laman jenis itu yang boleh diakses.

Kerajaan Iraq, yang dikuasai oleh parti pro-Iran menyasarkan beberapa YouTuber dan TikToker sejak tahun lalu dengan menuduh mereka berkongsi kandungan tidak senonoh yang bertentangan dengan moral dan budaya

Sebahagian daripada mereka dipenjarakan, termasuk seorang wanita muda yang menyiarkan video dia menari mengikut muzik pop.

Skrin LED di tengah bandar ditutup kerana filem lucah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading