‘Kami tidak tahu bagaimana kanak-kanak itu mati’ – Penasihat tertinggi Israel
‘Kami tidak tahu bagaimana kanak-kanak itu mati’ – Penasihat tertinggi Israel
Istanbul: Penasihat Perdana Menteri Israel, Mark Regev cuba mencadangkan bahawa kanak-kanak yang terbunuh di Semenanjung Gaza mungkin mati dengan cara lain selain daripada serangan Israel.
Perkara itu dibangkitkan pada wawancara pada Khamis dengan penyiar yang berpangkalan di Amerika Syarikat, MSNBC, yang menyatakan lebih 11,000 orang, termasuk 4,000 kanak-kanak terbunuh dalam konflik antara Israel dan Hamas.
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), komuniti hak asasi manusia dan komuniti perisikan Amerika berkata pada hari Jumaat mereka mempercayai nombor itu.
Regev bagaimanapun tidak mempercayai jumlah mangsa yang dikemukakan oleh Hamas itu.
“Saya tidak pasti sama ada itu benar,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajah Plastik Kepimpinan PAS Dalam Perjuangan
- Di Manakah Asas Pendakwaan Ke Atas Najib Dalam Kes 1MDB?
- Video mirip Agus, apa kaitan gajus dan Wahab?
Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka
Wartawan Medhi Hasan berkata dalam dua konflik utama di Gaza pada 2009 dan 2014, jumlah kematian yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Gaza menyamai jumlah kematian tentera Israel.
Regev menjawab bahawa nombor itu diterbitkan oleh Hamas dan tidak disahkan oleh mana-mana organisasi bebas.
“Anda tidak tahu berapa ramai daripada mereka adalah pengganas Hamas, pejuang dan berapa ramai orang awam.
“Hamas mahu anda percaya bahawa mereka semua orang awam, bahawa mereka semua kanak-kanak,” katanya.
“Hamas… mengawal Semenanjung Gaza dan akibatnya, mereka mengawal semua imej yang keluar dari Gaza,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berkesankah Boikot Produk Israel Ke Atas Negara Zionis Tersebut?
- Najib Tidak Beri Kerjasama Dalam Soal Siasat Kes 1MDB?
Akhirnya PAS Biarkan Siti Mastura Sendirian Hadapi Tindakan Undang Undang
Regev kemudian bertanya: “Adakah anda melihat satu gambar pengganas Hamas yang mati dalam pertempuran di Gaza?”
Hasan menjawab: “Tetapi saya melihat ramai kanak-kanak mati. Mereka juga orang yang dibunuh oleh kerajaan (Israel) anda … Adakah anda menafikan?”
Jawapan Regev: “Tidak, saya tidak. Pertama sekali, anda tidak tahu bagaimana orang-orang itu mati, kanak-kanak itu.
Sementara itu dalam temuramah itu Regev menerima bahawa kerajaan Israel melakukan kesilapan mengenai jumlah korban dalam festival muzik pada 7 Oktober lalu.
“Kami mempunyai jumlah 1,400 korban. Dan kini kami sudah menyemaknya dan menetapkan pada 1,200. Kami terlebih anggaran, kami tersilap.
“Ia sebenarnya mayat yang terbakar teruk kami menyangka ia milik kami. Akhirnya, nampaknya mereka adalah Hamas,” katanya.
Ditanya mengenai maklumat yang salah mengenai tentera Israel yang menunjukkan kalendar Arab sebagai nama pengganas yang mengawal hospital Al-Shifa, Regev berkata: “Saya tidak tahu bahasa Arab … saya membuat kesilapan, anda membuat kesilapan. Tetapi ada perbezaan antara membuat kesilapan yang jujur dan antara Hamas yang sengaja membesar-besarkan angka untuk disesuaikan dengan tujuan propagandanya.”
Hasan menegaskan bahawa ia bukan satu-satunya kesilapan tentera Israel dan menunjukkan ciapan jurucakap Perdana Menteri Israel, Ofir Gendelman berhubung ‘kematian rakyat Palestin palsu’ yang merupakan filem pendek Lubnan dari tahun-tahun sebelumnya.
Kemudian wartawan itu bertanya: “Ia bukan rakyat Palestin berpura-pura cedera.
Regev berkata: “Sekali lagi, saya faham itu juga satu kesilapan.”
‘Kami tidak tahu bagaimana kanak-kanak itu mati’ – Penasihat tertinggi Israel
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hakikat Al Quran Mengenai Bangsa Yahudi & Nasib Palestin
- Selepas MP PPBM, Kini MP PAS Pula Sokong PMX
- Video ‘Wahab & Gajus’, siapa ‘Mr H’?
- “Cabut sat nak kentut”, Netizen bandingkan video Haziq dan Wahab ‘Gajus’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Shafee Abdullah layak diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam