Puteri Sarah Liyana: Mana ada sorok-sorok

Puteri Sarah Liyana: Mana ada sorok-sorok

Puteri Sarah Liyana: Mana ada sorok-sorok
Puteri Sarah Liyana

KATA orang, sesuatu perkara mahupun tugas tidak sempurna jika tidak mendapat reda daripada seorang ibu.

Perkara tersebut turut dipersetujui pelakon Puteri Sarah Liyana yang berpendapat sekiranya tiada restu daripada wanita bergelar ibu, semua perkara hendak dilakukan pasti tidak menjadi.

Biarpun mendapat tentangan untuk berkecimpung dalam industri seni pada peringkat awal, Puteri Sarah bersyukur ibunya menitik beratkan soal pendidikan dalam apa jua aspek.

“Sejak usia semakin meningkat, apa yang saya perasan ialah mengenai restu dan berkat. Tanpanya, apa sahaja yang dilakukan pasti tidak menjadi.



“Keberkatan Allah ialah nombor satu. Tetapi berkat dan restu daripada seorang ibu ialah satu hal yang lain. Jika diikutkan, ibu saya paling tidak suka saya berkecimpung sebagai artis namun tetapkan syarat supaya saya habis belajar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Shahidan Kassim Adalah MP PAS Yang Akan Beralih Ke Blok Kerajaan?


“Biarpun sedikit lambat berbanding orang lain namun saya bersyukur berjaya bergelar graduan. Bukan apa, apabila sudah bekerja dan raih wang sendiri, jadi gelap mata pula,” kata Puteri Sarah.



Melihat kepada keperibadian dan perwatakannya, Puteri Sarah tidak hanya cantik, bahkan seorang wanita bijak serta pandai berdikari.

Untuk info, graduan Ijazah Pengurusan Hotel dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur.

Puteri Sarah Liyana: Mana ada sorok-sorok
KEMBALI aktif sebagai usahawan dan pelakon.

Selain berlakon, Puteri Sarah pernah bergelar model serta duta produk untuk beberapa jenama terkenal.

Berkongsi mengenai latar belakangnya, Puteri Sarah adalah anak sulung daripada empat adik beradik di mana dia memiliki dua adik perempuan serta seorang adik lelaki.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kecewa Dengan PAS, Mahathir Tumpu Perhatian ‘Hijacked’ PPBM


Puteri Sarah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bukan calang-calang. Ibu bapanya terbabit dalam bidang kerjaya profesional.

Adik perempuan keduanya, Puteri Sofea seorang doktor manakala adik lelakinya, Megat Imran pula bertugas sebagai konsultan pengurusan material.



Pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini menjelaskan hanya dia seorang saja dalam keluarga yang berkecimpung dalam bidang seni manakala keluarganya berada dalam aliran berbeza.

Disebabkan kisah kemelut rumah tangganya, nama Puteri Sarah mula menjadi sebutan dalam topik perbualan ramai.

Bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof kembali aktif dalam dunia lakonan. Sebelum ini Puteri Sarah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa selama enam tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Shafee Abdullah layak diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam




Untuk rekod, Puteri Sarah dan pengarah Syamsul Yusof bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan lafaz cerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Puteri Sarah kembali aktif sebagai usahawan dan juga pelakon menjelaskan kesibukan kerja sama sekali tidak mengganggu fokus terhadap dua cahaya mata kesayangannya.



Jelas Puteri Sarah, 38, setiap pagi dia akan menyelesaikan tanggungjawab di rumah sebelum keluar bekerja.

“Sejujurnya memang penat. Tetapi fokus utama saya tetap anak. Walau sibuk pun saya pasti luangkan masa untuk mereka. Sebelum keluar kerja uruskan mereka dahulu.

“Dalam keadaan sekarang ini saya ada sistem sokongan kuat dari orang sekeliling. Semua yang dekat dengan saya memberi kerjasama baik,” katanya.

Ditanya mengenai sejauh mana hubungannya dengan pelakon Indonesia yang juga rakan kongsinya, Andi Arsyil Rahman, Puteri Sarah berkata, hubungan mereka hanya sebagai rakan kongsi.

Kata Puteri Sarah, mereka kerap bertemu secara profesional untuk berbincang mengenai tawaran perniagaan di Malaysia.

“Andi pengeluar untuk produk kecantikan dan hijab, jadi saya terfikir kenapa tidak ambil peluang jadi pengedar bagi pasaran tempatan. Insya-Allah, Andi akan ke Kuala Lumpur dalam waktu terdekat kerana kami rancang buka kilang di sini.

“Kami rancang untuk edarkan di Singapura. Kami selesa dengan satu sama lain dan kerana itu juga kami tidak menyembunyikan apa-apa kepada umum. Selebihnya kita serah kepada Allah untuk menentukan semuanya,” kata Puteri Sarah.

Puteri Sarah Liyana: Mana ada sorok-sorok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button