Bomba jumpa petunjuk baharu

Bomba jumpa petunjuk baharu

Bomba jumpa petunjuk baharu
Anggota bomba bersama agensi penyelamat yang lain melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa tertimbus dalam runtuhan sebuah gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, hari ini. – Foto Bernama

BAYAN LEPAS: Bomba mengesahkan mempunyai petunjuk baharu bahawa mangsa yang masih tertimbus dalam insiden bangunan runtuh di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, berada berdekatan di antara satu sama lain.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Khairy Sulaiman, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan empat lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam insiden masih diteruskan.

“Menerusi maklumat yang diterima daripada pihak kontraktor dan pemaju, mangsa berada di satu lokasi yang berdekatan hanya beberapa meter antara satu sama lain kerana mereka sedang menjalankan kerja meletakkan rasuk (beam).



“Kita tidak akan menghentikan operasi sehingga semua mangsa ditemui, namun sekiranya cuaca hujan atau sebaliknya, penilaian situasi akan dibuat semula,” katanya di lokasi, hari ini.

Khairy berkata, khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) membabitkan dua ekor anjing turut digunakan berserta tiga pengendali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BERSATU makin lemah, Bukit Gantang sokong PMX




Katanya, operasi turut mengalami kesukaran berikutan pasukan keselamatan perlu mengangkat dan mengalihkan konkrit serta rasuk di lokasi kejadian.

“Terdapat 14 rasuk di kawasan itu dan kesemuanya jatuh menimpa pekerja berkenaan dan menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa mengguna kren bagi mengangkat struktur binaan memudahkan akses mencari mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz, berharap tindakan tegas dapat diambil terhadap pihak berkenaan yang didakwa cuai sehingga menyebabkan kejadian.

“Agensi dan pihak berkaitan perlu ambil tindakan tegas bagaimana kejadian tragis ini boleh berlaku kerana saya difahamkan projek berkenaan beroperasi selama 24 jam, jadi sudah tentu memerlukan pemantauan yang rapi.



“Saya berharap kejadian begini tidak akan berulang,” katanya.

Bomba jumpa petunjuk baharu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Akhirnya Muhyiddin Tunduk Kepada PAS



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading