Dua pekerja binaan parah masih dirawat di wad kecemasan HPP

Dua pekerja binaan parah masih dirawat di wad kecemasan HPP

Dua pekerja binaan parah masih dirawat di wad kecemasan HPP
Anggota bomba bersama agensi penyelamat melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa tertimbus dalam runtuhan sebuah gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, hari ini. – Foto BERNAMA

GEORGETOWN: Dua pekerja binaan yang parah dalam insiden gudang logistik runtuh di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini semalam masih dirawat di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang.

EXCO Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen, berkata, kedua-dua lelaki warga Bangladesh berkenaan masing-masing kini berada di bawah pengawasan pasukan ortopedik dan pembedahan plastik serta rekonstruktif.

“Mereka masih berada dalam keadaan parah dan berada di bawah pemantauan pihak Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya ketika dihubungi hari ini.



Difahamkan kedua-kedua mangsa berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu mengalami kecederaan parah di seluruh anggota badan selain patah tulang.

Tinjauan di Jabatan Forensik HPP mendapati beberapa lelaki warga Bangladesh kelihatan menunggu di pekarangan hospital untuk mengetahui perkembangan lanjut mangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BERSATU makin lemah, Bukit Gantang sokong PMX




Seorang daripada mereka Foridul Subahan, 35, berkata dia dan abangnya datang dari Pulau Tikus selepas diberitahu rakan kumpulan WhatsApp yang bekerja di tapak binaan terbabit mengenai musibah tersebut.

“Sebenarnya saya sendiri tidak kenal mangsa yang meninggal dunia tapi saya dapat tahu kampungnya dekat dengan kampung saya di Bangladesh.

“Kami datang untuk tengok dan tolong kalau perlu apa-apa. Hari ini juga ada seorang saudara kami meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya yang bekerja di negara ini lebih 10 tahun membabitkan kerja-kerja mengubah suai bangunan.

Dua pekerja binaan parah masih dirawat di wad kecemasan HPP

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Akhirnya Muhyiddin Tunduk Kepada PAS

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button