Kelab gergasi Asia bakal ‘uji’ Selangor FC

Kelab gergasi Asia bakal ‘uji’ Selangor FC

Kelab gergasi Asia bakal ‘uji’ Selangor FC
Barisan pemain Selangor meraikan kejayaan muncul naib Juara Liga Super kelmarin. – Foto ihsan Selangor FC

PETALING JAYA – Kelab gergasi benua Asia dijangka menjadi lawan pasukan Selangor FC selepas berjaya menamatkan penantian lapan tahun untuk kembali bersaing di pentas Asia selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2016.

Sebagai rekod, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu berjaya mengesahkan status naib juara Liga Super selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) 1-0 di Alor Setar kelmarin.

Kemenangan tersebut menyaksikan Selangor meraih slot automatik ke saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim 2024/2025 yang diberikan nafas baharu bagi menggantikan saingan Piala AFC yang ditamatkan pada musim ini.



Berbanding Piala AFC yang saingan awal tertumpu di peringkat Asia Tenggara, Selangor kini berpeluang untuk menentang skuad handalan daripada Jepun, Korea Selatan dan China.

Antara kelab yang sudah mengesahkan kelayakan bagi zon Asia Timur adalah kelab China, Zhejiang FC, juara Piala Australia, Sydney FC dan wakil Singapura, Lion City Sailors.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BERSATU bukan lagi ‘Abang Long’ Perikatan Nasional


Selain itu, slot turut diberikan kepada pasukan No. 3 Liga Jepun menjadi milik Sanfrecce Hiroshima selain kelab No. 4 Liga Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors.

Kelab-kelab ini sememangnya memiliki prestij yang lebih tinggi berbanding ketika kali terakhir Gergasi Merah bersaing di Piala AFC 2016 apabila bertemu United City (Filipina), Tampines Rovers (Singapura) dan Sheikh Jamal Dhanmondi (Bangladesh).

 

Sementara itu, juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pula akan beraksi dalam saingan ACL Elite yang turut dijenamakan semula berbanding format semasa ACL. – KOSMO! ONLINE

 

Kelab gergasi Asia bakal ‘uji’ Selangor FC

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker