Maryam Lebih Gemar Makan Durian Yang Telah Dibekukan? [VIDEO]

“Lagi Berlemak & Manis Rasanya”

Maryam Lebih Gemar Makan Durian Yang Telah Dibekukan? [VIDEO]

Maryam Lebih Gemar Makan Durian Yang Telah Dibekukan? [VIDEO]

Siapa yang tidak mengenali dengan selebriti media sosial, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering mencuri perhatian peminat kerana selalu berkongsi videonya bersama suami dan anak di media sosial.

Nama Maryam dikenali ramai kerana telatahnya yang mencuit hati serta menghiburkan ramai orang. Maryam kini menetap terus di Malaysia selepas suaminya Ryzal memutuskan untuk menetap di sini, namun masih lagi mengajar anaknya dwi bahasa iaitu Hangul dan Bahasa Malaysia.



“Setiap Orang Citarasa Berbeza, Begitu Juga Maryam”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @uyounik yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 38 ribu, tanda suka sebanyak 874 dan sebanyak 17 komen.

Di dalam video tersebut, memaparkan Maryam memberitahu pengikutnya bahawa dirinya gemar memakan buah durian yang telah dibekukan di dalam peti sejuk.

“Tak tahulah, Maryam suka makan durian frozen lagi daripada original punya. Sedap! ini lagi sedap!”-kata Maryam



@uyounik

Ada geng tak

♬ original sound – Duriankimchi – Duriankimchi

Rata-rata video tersebut mendapat perhatian ramai terutamanya yang meminati buah durian. Mereka juga mengatakan bahawa mereka meminati untuk memakan buah durian yang telah dibekukan kerana rasanya jauh lebih sedap. Tambah mereka lagi, jika durian dibekukan, rasanya bertambah berlemak manis dan tekstur seakan ais krim.



Apa-apa pun, tidak kiralah makan dengan cara apa sekalipun, diingatkan agar tidak makan dengan kuantiti yang berlebihan kerana ianya dapat memudaratkan tubuh badan.

Maryam Lebih Gemar Makan Durian Yang Telah Dibekukan? [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS





Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading