Bertempiaran lari selamatkan diri daripada ‘hujan’ batu

Bertempiaran lari selamatkan diri daripada ‘hujan’ batu

Bertempiaran lari selamatkan diri daripada 'hujan' batu
SEPULUH pendaki yang selamat daripada letusan Gunung Marapi. FOTO Agensi

Jakarta: Seramai 10 pendaki dari Riau selamat ketika letusan Gunung Marapi di Sumatera Barat, salah seorang daripadanya Sri Wahyuni dari Kota Pekanbaru yang masih trauma selepas kejadian.

Portal Kompas melaporkan, sebelum letusan terjadi, Sri bersama sembilan rakannya sempat berada selama enam jam di Puncak Merpati Gunung Marapi.

“Pada 3 Disember kira-kira 7.50 pagi waktu tempatan, kami berada di puncak selama lebih kurang enam jam,” kata Sri kepada pemberita melalui kiriman WhatsApp pada Rabu.



Kira-kira 12.35 tengah hari, mereka turun ke kem dan ketika berada di Pos 5 pada 2.45 petang, Gunung Marapi meletus dan mengeluarkan bunyi gemuruh yang kuat.

“Ketika mendengar letusan, kami terdiam dan saling melihat satu sama lain. Tak lama kemudian turun ‘hujan’ batu (limpahan batu dari mulut gunung berapi akibat letusan),” kata Sri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu




Bagi menyelamatkan diri, mereka berlari sepantas mungkin menuruni gunung mencari tempat berlindung.

Mereka berlari ke bawah pokok besar untuk mengelak terkena ‘hujan’ batu itu.

“Kami semua lari sekuatnya ke arah bawah dan mencari perlindungan di bawah pohon besar. Kami bersembunyi di situ terus dalam keadaan ketakutan,” katanya.

Selepas ‘hujan’ batu reda, Sri bersama teman-temannya berlari tanpa henti menuju pos tempat berlindung.



“Kami lari tanpa henti menuju Pos 3. Sampai di sana berjumpa tiga rakan lain yang turun dulu,” kata Sri.

Tidak lama kemudian, datang rakan yang lain dengan keadaan selamat.

Selepas semuanya berkumpul, mereka melanjutkan perjalanan turun ke Pos 2.

Kemudian, mereka berlari ke bawah kaki gunung dan sampai di Pos Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) dengan selamat.



Dalam keadaan panik, Sri dan rakannya pulang ke Pekanbaru.

Bertempiaran lari selamatkan diri daripada ‘hujan’ batu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading