Padah ‘joli’ wang insurans hayat peninggalan mendiang isteri

Padah ‘joli’ wang insurans hayat peninggalan mendiang isteri

Padah 'joli' wang insurans hayat peninggalan mendiang isteri
BACZYNSKI dihukum penjara empat tahun kerana menyalahgunakan wang insurans hayat peninggalan mendiang isterinya. FOTO Agensi

London: Seorang lelaki di United Kingdom (UK) dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas didapati bersalah kerana menyalahgunakan wang insurans hayat peninggalan mendiang isterinya sebanyak 200,000 Pound Sterling (kira-kira RM1.17 juta) untuk membiayai percutian mewah bersama teman wanita baharunya.

Mirror UK melaporkan, Krzysztof Baczynski memperdaya anak tirinya untuk menandatangani pelepasan wang insurans itu yang ditujukan untuk adik lelakinya apabila dia berusia 25 tahun.

Baczynski, 40, menganggap wang tunai itu seolah-olah miliknya dan membuatkan anak tirinya percaya bahawa dia pemegang amanah wang itu, tetapi berlibur dengan teman baharunya.



Baczynski juga melabur di sebuah kedai dan menggunakan sebahagian daripada wang itu untuk menyokong perniagaan skim piramid kosmetik yang gagal.

Selepas kematian isterinya, Baczynski dan teman wanitanya berlepas ke Tenerife, Moscow dan Poland, malah membeli tab mandi panas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu


Tanpa segan silu, Baczynski membawa anak tirinya bercuti, berpura-pura perniagaannya yang sedang berkembang maju itu menanggung beban.

Dia ditangkap selepas mengambil gambar bersama teman wanitanya di restoran mewah dan berseronok di dalam tab mandi panas bersama.



Mahkamah Mahkota Northampton mendapati Baczynski, dari Wellingborough, Northants bersalah atas satu pertuduhan penipuan.

Dia bebas daripada satu lagi tuduhan penipuan melalui representasi palsu.

Baczynski yang dijatuhi hukuman pada 4 Disember memberitahu dia akan tertakluk kepada perbicaraan Akta Hasil Jenayah dalam usaha untuk merampas semula sejumlah wang.

Hakim David Herbert KC memberitahu Baczynski dia membelanjakan wang itu seolah-olah wang itu miliknya.

“Dalam tempoh sembilan bulan kamu menghabiskan semuanya. Juri mendengar bagaimana kamu membelanjakannya pada pelbagai percutian di sekitar Eropah, sebuah kereta, melabur sejumlah besar wang dalam perniagaan anda.

“Kamu juga meminjamkan sejumlah wang kepada orang lain,” katanya.

Padah ‘joli’ wang insurans hayat peninggalan mendiang isteri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker