Panik terima pesan hidangan RM280,530 selepas kongsi kod QR di media sosial

Panik terima pesan hidangan RM280,530 selepas kongsi kod QR di media sosial

Panik terima pesan hidangan RM280,530 selepas kongsi kod QR di media sosial
GAMBAR hiasan

Beijing: Akibat memuat naik gambar hidangan dipesan dan kod respons pantas (QR) secara tidak sengaja di laman sosial, seorang wanita di China panik apabila menerima pesanan makanan berjumlah AS$60,000 (kira-kira RM280,530) di sebuah restoran hot pot (periuk makanan panas).

Portal NDTV melaporkan, wanita itu yang dikenali sebagai Wang mendakwa dicaj bagi makanan tidak dipesannya.

Walaupun wanita itu cuba membetulkan keadaan, restoran itu tidak dapat membatalkan pesanan hingga menerima jumlah pesanan dengan bil yang besar.



Menurut South China Morning Post (SCMP), Wang memadamkan hantarannya serta-merta, tetapi orang ramai terus membuat pesanan baharu di meja mereka.

Dia menganggap seseorang memuat turun gambar dan terus membuat pesanan menggunakan kod berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu


Mengikut tangkap layar skrin pesanan yang dimuat naik oleh Wang kemudiannya dalam talian, orang ramai memesan 1,850 itik segar, 2,580 sotong, dan 9,990 bahagian pes udang, setiap satu berharga beberapa puluh yuan.

Restoran terbabit tidak membuat pesanan itu dan memindahkan Wang ke meja baharu serta mengabaikan semua pesanan yang dibuat melalui kod QR berkenaan.



Pihak pengurusan berkata, mereka tidak dapat mengesan orang yang memesan makanan itu mahupun menghalang orang ramai daripada terus berbuat demikian.

Wang menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan menggesa orang ramai berhati-hati dengan keselamatan maklumat mereka apabila berkongsi gambar makanan.

Dia juga menasihatkan orang ramai untuk mengaburkan atau menutup kod QR dalam gambar mereka untuk mengelakkan orang lain menggunakannya untuk memesan makanan tanpa kebenaran mereka.

 

Panik terima pesan hidangan RM280,530 selepas kongsi kod QR di media sosial

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker