Bapa bunuh empat anak

Bapa bunuh empat anak

Bapa bunuh empat anak
GAMBAR HIASAN

Jakarta: Polis di Indonesia menangkap seorang lelaki yang mereka percayai membunuh empat anak kecilnya dan kemudian cuba membunuh dirinya sendiri.

Mayat kanak-kanak itu – berusia satu hingga enam tahun – ditemukan pada 6 Disember di atas satu katil di dalam rumah sewa mereka di daerah Jagakarsa di Jakarta Selatan, menurut Jakarta Globe.

Penyiasat menemui sehelai nota yang bertulis: “Puas Bunda (ibu puas), tx untuk semua.”



Ketua unit siasatan jenayah Polis Jakarta Selatan, Superintendan Bintoro berkata, bapa anak-anak itu ditemukan tidak berpakaian di dalam tandas, dengan kecederaan yang diakibatkan dirinya sendiri, bersama-sama pisau di tangannya.

“Individu yang menjadi suspek, iaitu bapa mangsa, cuba bunuh diri dan kini sedang menerima rawatan perubatan di hospital,” kata Supt Bintoro.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu




Jakarta Globe melaporkan bahawa suspek sebelum ini menyerang isterinya iaitu ibu anak-anak itu, pada 2 Disember.

Serangan itu begitu ganas sehingga wanita itu terpaksa dibawa ke hospital, meninggalkan anak-anaknya bersama bapanya.

“Isteri itu mempunyai lebam di dahi dan memuntahkan darah,” kata Puan Titin Rohmah, seorang jiran, kepada Jakarta Globe.

Seorang jiran lain mengingati melihat suspek membawa salah seorang anaknya pada 3 Disember.



Ketua Polis Jakarta Selatan, Ade Ary Syam Indradi, mengatakan suspek ditahan untuk soal siasat setelah dia menyerang isterinya pada 2 Disember.

Namun, dia dibebaskan kemudian kerana mendakwa tidak ada orang lain yang boleh menjaga anak-anaknya.

Bapa bunuh empat anak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading