Johan tewaskan juara Muay Thai WBC Mexico

Johan tewaskan juara Muay Thai WBC Mexico

Johan tewaskan juara Muay Thai WBC Mexico
JOHAN (kiri) berjaya menundukkan Tabares dalam kategori Catchweight MuayThai Primetime US, ONE Championship 2023 di Bangkok, Thailand semalam. – ONE CHAMPIONSHIP

JAGUH muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfika terus mengukuhkan cengkaman di persada antarabangsa selepas menewaskan Edgar Tabares dalam kategori Catchweight MuayThai Primetime US, ONE Championship 2023 di Bangkok, Thailand semalam.

Lebih menakjubkan, Johan yang lebih dikenali dengan panggilan Jojo itu hanya memerlukan 36 saat pada pusingan pertama bagi menewaskan juara Muay Thai Antarabangsa WBC dari Mexico itu secara knockout (K.O).

Walaupun berdepan lawan yang lebih berusia dan berpengalaman, namun ia langsung tidak menghalang Johan daripada menunjukkan kehebatannya, sekali gus masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima pertarungan.



Untuk rekod, walaupun masih di usia muda, namun Johan sudah berjaya untuk mendapatkan kontrak enam angka di ONE Championship menerusi rekod tanpa kalah 4-0 dalam siri acara ONE Friday Fights. – KOSMO! ONLINE

Johan tewaskan juara Muay Thai WBC Mexico

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading