Bekas pengarah mengaku tak salah pindah wang syarikat

Bekas pengarah mengaku tak salah pindah wang syarikat

Bekas pengarah mengaku tak salah pindah wang syarikat
Seorang bekas pengarah syarikat hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini atas pertuduhan memindahkan lebih RM55,000 wang syarikat itu ke sebuah syarikat miliknya pada 2020. – Foto fail NSTP

BUTTERWORTH: Seorang bekas pengarah syarikat hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memindahkan lebih RM55,000 wang syarikat itu ke sebuah syarikat miliknya pada 2020.

Tai Chun Wei, 39, didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pengarah pada ketika itu untuk memindahkan wang berkenaan tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat tersebut, ke sebuah syarikat yang dia menjadi pemilik tunggal untuk mendapatkan manfaat secara langsung kepada dirinya sendiri.

Dia dituduh melakukan perbuatan ditu di sebuah pejabat di Bukit Mertajam pada 4 Februari 2020.



Pertuduhan mengikut Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 218(2) Akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Noor Aini Yusof menetapkan jaminan RM12,000 dan menetapkan tarikh 17 Jan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Qatrin Nada Harun manakala tertuduh diwakili peguam Eng Yuh Pei.

Bekas pengarah mengaku tak salah pindah wang syarikat

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading