Cincin RM3.7 juta hilang jumpa dalam vakum

Cincin RM3.7 juta hilang jumpa dalam vakum

Cincin RM3.7 juta hilang jumpa dalam vakum
The Ritz. FOTO AFP

Paris: Sebentuk cincin bernilai 750,000 euro (kira-kira RM3.7 juta) yang hilang di Hotel Ritz di sini ditemui dalam pembersih vakum, lapor portal Barrons.

Pemiliknya, seorang ahli perniagaan wanita Malaysia yang menjadi tetamu di hotel itu, memfailkan aduan polis pada Jumaat selepas mengesyaki seorang pekerja mencurinya.

Pengawal keselamatan Ritz menemui cincin itu dalam habuk dalam beg hampagas pada Ahad.



Menurut laporan, tetamu itu pergi ke London pada Jumaat, tetapi akan kembali ke Paris untuk mengambil cincinnya.

The Ritz berkata, pihak hotel menawarkan tiga malam lagi kepada tetamu itu kerana kesulitan yang dialami wanita itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Rosdy bidas kenyataan Ti Lian Ker




Namun, difahamkan wanita itu tidak berhasrat untuk menerima tawaran itu.

Sementara itu, hotel itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerja teliti pengawal keselamatan hingga cincin itu ditemui.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan di Ritz Paris yang menggerakkan pencarian ini dan bekerja setiap hari dengan integriti dan profesionalisme,” katanya.

Ahli perniagaan itu memberitahu polis dia meninggalkan cincin itu di atas meja di bilik hotelnya pada Jumaat ketika dia pergi membeli-belah di bandar selama beberapa jam, dan apabila dia kembali, cincin itu hilang.



Polis sedang menjaga cincin itu sehingga wanita itu dapat mengambilnya.

Ini bukan kali pertama barang kemas dilaporkan hilang di hotel berkenaan.

Sebelum ini, seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi pernah melaporkan kecurian barang kemas bernilai ratusan ribu pound dari suite biliknya.

Cincin RM3.7 juta hilang jumpa dalam vakum


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button