Petani beli sarapan di warung, kereta hilang dilarikan

Petani beli sarapan di warung, kereta hilang dilarikan

Petani beli sarapan di warung, kereta hilang dilarikan
Petani beli sarapan di warung, kereta hilang dilarikan

KUALA SELANGOR: Tindakan seorang petani meninggalkan keretanya dalam keadaan enjin masih hidup ketika membeli sarapan, mengundang padah apabila kenderaan itu dilaporkan hilang akibat dilarikan, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin, berkata kejadian jam 8.15 pagi dilaporkan berlaku ketika lelaki berusia 41 tahun itu berada di warung nasi lemak berhadapan sebuah restoran di pekan Ijok, Bestari Jaya, di sini.

Katanya, mangsa dikatakan memarkir Perodua Myvi yang dipandunya itu pada jarak kira-kira lima meter dari tempat membeli makanan.

Bagaimanapun, beliau berkata, kenderaan itu kemudian dilihat diundurkan dengan pantas sebelum dibawa lari ke arah jalan besar yang menghala ke Ijok.



“Hasil siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah kawasan perumahan dan kedai lot. Perodua Myvi terbabit pula adalah milik isteri mangsa dan digunakan sejak 2007,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Ambia berkata, mangsa turut memaklumkan ada kunci rumah dan telefon bimbit di dalam kereta berkenaan.

Berdasarkan maklumat orang awam, beliau berkata, suspek kejadian itu disyaki adalah seorang lelaki.

“Terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu tetapi tidak menghala ke lokasi kejadian.



“Siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek, dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Petani beli sarapan di warung, kereta hilang dilarikan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button