TERKINI: Seorang maut dalam runtuhan tanah kuari

TERKINI: Seorang maut dalam runtuhan tanah kuari

TERKINI: Seorang maut dalam runtuhan tanah kuari
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan kuari di Bandar Saujana Putra, Banting dekat sini, petang tadi.

KUALA LANGAT: Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi tercedera selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah di kawasan kuari di Bandar Saujana Putra, Banting dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata mangsa yang terbunuh dikeluarkan pasukan bomba pada jam 6.42 petang tadi, manakala yang cedera diselamatkan orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 4.32 petang, sebelum sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian.



“Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati berlaku tanah runtuh di kawasan kuari dengan kedalaman 1.2 meter (empat kaki).

“Dua mangsa lelaki tempatan 30-an dilaporkan tertimbus tetapi seorang mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba sampai.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan orang awam mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Putrajaya manakala mangsa yang maut berjaya dikeluarkan kira-kira dua jam kemudian oleh pasukan bomba,” katanya.

TERKINI: Seorang maut dalam runtuhan tanah kuari

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading