Detik cemas wanita hanyut bersama kereta dalam longkang

Detik cemas wanita hanyut bersama kereta dalam longkang

Detik cemas wanita hanyut bersama kereta dalam longkang
Keadaan kereta dinaiki dua wanita selepas dihanyutkan arus deras sejurus terbabas ke longkang. (Foto kecil) Detik cemas mangsa diselamatkan.

JOHOR BAHRU: Dua wanita berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihanyutkan arus deras selepas ia terbabas ke longkang di Jalan Johor Bahru-Mersing hari ini.

Video berdurasi 14 saat mengenai detik cemas itu turut tular di media sosial memaparkan detik seorang wanita yang berpakaian gelap berpaut pada bahagian belakang kereta yang dihanyutkan arus, sambil meminta tolong.

Turut kelihatan tindakan berani seorang lelaki terjun ke longkang untuk menyelamatkan wanita berkenaan.



Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora mengesahkan kejadian membabitkan kereta dinaiki dua wanita berusia berusia 37 dan 43 tahun.

“Siasatan awal mendapati kereta terbabit terbabas ketik

“Kedua-dua mangsa diselamatkan orang awam apabila kenderaan dihanyutkan arus air yang deras.



“Pemandu tidak mengalami kecederaan, manakala penumpang cedera ringan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kota Tinggi,” katanya satu laporan polis turut diterima mengenai kejadian itu.

Dalam pada itu, Hussin menasihatkan orang awam lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas untuk keselamatan bersama, terutama ketika musim tengkujuh.

Detik cemas wanita hanyut bersama kereta dalam longkang




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading