Mendakwa Nazlan mampu pulih imej Badan Kehakiman yang sudah tercalar

.

Oleh Adam Malik

Tidak dapat dinafikan semenjak kebelakangan ini Badan Kehakiman yang di Ketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimon mendapat kritikan dari pelbagai lapisan masyarakat kerana keputusan keputusan yang diambil oleh nya.

Cemuhan dan kritikan bertambah teruk sebaik sahaja Kes semakan terhadap Datuk Seri Najib Razak telah diputuskan baru baru ini dimana DSNR kekal beada dialam penjara.



Jika diamati dan diteliti dengan lebih halus , terdapat perasaan tidak puas hati dan perasaan kecewa dimana mana.

Mungkin atas Tindakan bijaksana pemain MEDSOS proNajib mendedahkan dengan berkesan kandungan pebicaraan dan soal jawab didalam mahkamah , maka , apa apa keputusan Hakim sudah tidak dipedulikan lagi kerana rakyat sudah dapat maklumat apa  sbenar terjadi didalam perbicaraan.

Namun , Badan Kehakiman terselamat kerana Ada Akta Menghina Mahkamah membuat hentaman dan kritikan terbatas.

Tidak dapat dibayangkan tanpa Akta ini apa akan dihadapi oleh BK atau pun KHN.



Selain marah kes DSNR didapati terlalu berat sebelah dan tidak adil (mengikut hujah Hakim Datuk Rahman Sebli)  Kemarahan bertambah memuncak lagi kerana Hakim Nazlan masih tidak didakwa dakwa lagi atas pelbagai kesalahan.

Itu yang menambahkan kemarahan rakyat.

Badan Kehakiman dan KHN dilihat “Uphold rule of laws” apabila membabitkan orang lain tapi “ignored laws’ apabila membabitkan puak sendiri.

Itu lah yang dilihat dari sudut rakyat.



Imej Badan Kehakiman hancur teruk dan reputasi nya ke longkang kerana tindak tanduk ini.

Bagaimana interpretasi undang undang dilaksana kan tiada siapa pun yang dapat faham.

Salah untuk satu pihak, tidak salah pula pihak yang lain.

Percepat penjarakan seorang, sambil pihak sendiri cuba diselamat dan dilidungi pula.



Rakyat pun pening dengan sistem undang undang.

Hanya yang mampu selamatkan imej Badan Kehakiman ada lah dengan mendakwa Hakim Nazlan dengan kadar segera.

Dengan bertindak terhadap hakim Nazlan mungkin sedikit dapat pulih kan imej dan reputasi Badan Kehakiman yang sudah hancur berderai sama dengan imej Majlis Peguam yang dianggap sebagai Badan Syok sendiri.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button