AS Roma pecat ‘Special One’

Oleh – Syeikh Baran


AS Roma pecat 'Special One'

AS Roma berpisah dengan pengurus Jose Mourinho, umum kelab Serie A itu hari ini.



Roma menghuni tangga kesembilan liga selepas tumpas 3-1 di tangan AC Milan Ahad lalu dan bergelut untuk menangani kehilangan pemain utama susulan kecederaan termasuk penyerang Paulo Dybala.

“AS Roma boleh mengesahkan Jose Mourinho dan staf kejurulatihan beliau akan meninggalkan kelab berkuat kuasa serta-merta,” menurut kelab itu dalam satu kenyataan.

“Kemas kini terbaharu mengenai staf kejurulatihan pasukan utama akan diumumkan kelak.”

Mourinho, yang melatih beberapa kelab ternama Eropah termasuk FC Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid dan Manchester United, dilantik sebagai jurulatih Roma pada tahun 2021.



Di bawah kendalian pengurus dari Portugal itu, Roma memenangi Liga Konferens Europa pada 2022.

Sumber – Berita Harian 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button