35% pekerja Malaysia mahu cari gaji lebih setimpal

35% pekerja Malaysia mahu cari gaji lebih setimpal

35% pekerja Malaysia mahu cari gaji lebih setimpal
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Lebih satu pertiga atau 35 peratus pekerja tempatan bersedia meninggalkan majikan sedia ada untuk mendapatkan gaji lebih tinggi dengan peningkatan kos sara hidup di negara ini.

Menurut kaji selidik terbaharu oleh Randstad, ia menunjukkan bahawa daripada senarai 16 nilai yang dimahukan pekerja, rakyat Malaysia meletakkan ‘gaji dan manfaat yang menarik’ sebagai elemen paling penting untuk mencari majikan ideal.

Pengarah Negara Randstad Malaysia Fahad Naeem berkata, rakyat mahukan majikan yang menyokong perkembangan profesional mereka sebagai satu cara untuk dinaikkan ke jawatan lebih berprestij, sekali gus menerima gaji lebih tinggi.



Katanya, majikan yang memberikan laluan kenaikan pangkat lebih jelas berkemungkinan besar dapat menarik kumpulan bakat lebih besar kerana ia menunjukkan komitmen syarikat menjadikan pekerja mereka lebih berjaya.

“Apabila pekerja diberi peluang untuk berkembang dalam syarikat, mereka kurang berkemungkinan untuk mempertimbangkan tawaran daripada organisasi lain.

“Memandangkan mereka rasa bernilai dalam syarikat sedia ada, pekerja lebih bermotivasi untuk memacu kejayaan sesebuah perniagaan,” katanya dalam kenyataan.

Kaji Selidik Jenama Majikan Randstad 2023 dijalankan pada Januari lalu membabitkan 163,000 responden merentasi 32 pasaran, termasuk 2,529 individu di Malaysia.



35% pekerja Malaysia mahu cari gaji lebih setimpal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Meroyan Lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button