Lima maut dalam serangan udara di Damsyik

Lima maut dalam serangan udara di Damsyik

Lima maut dalam serangan udara di Damsyik
NGGOTA keselamatan dan kecemasan mencari mangsa di bawah runtuhan susulan serangan Israel di Damsyik. FOTO Louai Beshara/AFP)

Kaherah: Lima orang terbunuh selepas sebuah bandar di Damsyik, Syria dilaporkan menjadi sasaran serangan roket yang disyaki milik Israel pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sebuah bangunan empat tingkat di pinggir bandar al-Mazaeh ranap sama sekali akibat serangan itu, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Setakat ini, identiti mangsa yang maut belum dikenal pasti dan ketika serangan satu mesyuarat komander antara pengawal revolusi Iran dan pegawai Palestin dikatakan sedang diadakan dibangunan berkenaan.



Israel sering melancarkan serangan yang mensasarkan beberapa lokasi di Syria untuk menghalang musuh ketatnya Iran daripada meluaskan pengaruh ketenteraannya di rantau itu.

Selain itu, kumpulan yang menyokong Iran juga telah meningkatkan serangan ke atas pangkalan tentera Amerika di Syria dan Iraq sejak beberapa minggu kebelakangan ini sebagai tindak balas terhadap kempen tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Radio negara Iran pula melaporkan dua penasihat berpangkat tinggi adalah antara yang maut dalam serangan berkenaan.

Lima maut dalam serangan udara di Damsyik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin sudah pulangkan pasport atau jadi Jho Low?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button