Wanita rugi lebih RM570,000 diperdaya lelaki menyamar adiknya

Wanita rugi lebih RM570,000 diperdaya lelaki menyamar adiknya

Wanita rugi lebih RM570,000 diperdaya lelaki menyamar adiknya

ISKANDAR PUTERI: Seorang pengurus wanita sebuah syarikat kerugian RM570,174 selepas diperdaya individu menyamar sebagai adik lelakinya yang meminta bantuan kewangan untuk urusan perniagaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata wanita berusia 31 tahun itu hanya menyedari diperdaya selepas memaklumkan kepada adiknya berusia 29 mengenai transaksi yang dibuat, namun dinafikan.



Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Iskandar Puteri, pada jam 4.20 petang semalam selepas menyedari ditipu.

“Pada mulanya mangsa menerima pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp yang disangka dihantar adiknya menerusi nombor telefon lain (bukan nombor telefon adik mangsa), untuk membuat pindahan wang sebanyak RM570,174 bagi urusan perniagaan.

“Mangsa kemudian tanpa ragu membuat pindahan wang ke akaun diberikan suspek yang menyamar sebagai adiknya dengan satu transaksi pemindahan.

“Selepas membuat pindahan wang, mangsa menghubungi adiknya, namun lelaki itu menafikan ada meminta mangsa membuat pindahan wang berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Rahmat berkata, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menasihati orang awam supaya tidak mudah mempercayai mesej pesanan ringkas atau panggilan telefon yang dibuat nombor tidak dikenali, sebaliknya semak terlebih dulu sebelum bertindak,” katanya.

Wanita rugi lebih RM570,000 diperdaya lelaki menyamar adiknya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin sudah pulangkan pasport atau jadi Jho Low?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button