PEMERGIAN ALLAHYARHAM YUSMAN SATU KEHILANGAN BESAR

PEMERGIAN ALLAHYARHAM YUSMAN SATU KEHILANGAN BESAR
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama Exco Kerajaan Pahang dan pemimpin setempat, menziarahi jenazah seorang blogger, Yusman Zahari Zakaria di Felda Sungai Koyan.

LIPIS, 26 MAC 2024 : Pemergian Allahyarham Yusman Zahari Zakaria, 51, disifatkan satu kehilangan besar dalam platform media sosial dan perjuangan UMNO di negeri Pahang.

Menurut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, allahyarham merupakan seorang penggiat media sosial yang sangat aktif dan dikenali ramai.

“Saya berasa terkejut dan juga kehilangan seorang sahabat serta seorang yang begitu aktif di media sosial. Tulisan-tulisan beliau menarik perhatian.

“Dan saya merasakan satu kehilangan, terutamanya Allahyarham Yusman adalah dari kawasan Jelai dan beliau juga dikenali di Pahang serta luar dari Pahang kerana beliau sangat aktif selaku penggiat media sosial.



“Ia merupakan satu kehilangan besar dan mengejutkab tetapi Allah SWT lebih menyayangi beliau lebih daripada kita semua,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu


YAB. Menteri Besar Pahang turut berkongsi kali terakhir bertemu allahyarham kira-kira sebulan lepas di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur dan beliau mempelawa allahyarham untuk makan bersama namun ditolak.



“Saya berjumpa beliau sebulan yang lalu di WTC di mana beliau datang ke pejabat saya dan ketika itu saya nak makan dan saya menjemput beliau makan sekali tapi beliau menolak dan mengatakan beliau sedang diet.

“Jadi saya kata eloklah (allahyarham) diet. Dan itu kali terakhir saya bertemu allahyarham sehingga tengahari tadi saya dapat berita pemergian beliau,” katanya.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy meluangkan masa hampir satu jam bagi memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham di kediaman keluarga allahyarham di Felda Sungai Koyan 2.

Turut hadir, isteri YAB. Menteri Besar Pahang, YABhg. Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed; dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang. – PAHANGMEDIA



PEMERGIAN ALLAHYARHAM YUSMAN SATU KEHILANGAN BESAR


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Akhirnya UMNO Masuk Ke Dalam Jerat Yang Di Pasang

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading