Molekul air pertama pada asteroid

Oleh – Syeikh Baran


Molekul air pertama pada asteroid
Data daripada Balai Cerap Stratosfera untuk Astronomi Inframerah mendedahkan molekul air pada permukaan dua asteroid berbeza. – NASA/Carla Thomas/SwRI

Satu kajian baharu mendedahkan bahawa saintis buat kali pertama mengesan molekul air pada permukaan  asteroid, lapor saluran berita CNN semalam.

Penemuan itu menyokong teori sejak sekian lama bahawa fenomena asteroid terhempas di Bumi membantu menghantar air dan unsur lain ke planet ini.



Data itu dikumpul menggunakan teleskop Balai Cerap Stratosfera untuk Astronomi Inframerah.

Teleskop dikenali sebagai SOFIA itu dibawa ke stratosfera Bumi menggunakan pesawat Boeing 747SP. 

Melalui penggunaan kamera inframerah SOFIA, ahli-ahli astronomi mengesan molekul air pada Iris dan Massalia. Kedua-dua dua asteroid itu terletak dalam lingkaran asteroid utama antara orbit Planet Marikh dan Musytari.

Kedua-duanya berada lebih 3.59 juta kilometer dari Matahari.



Penemuan itu diterbitkan pada Isnin lalu dalam The Planetary Science Journal. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading