Wanita maut kenderaan terjunam bawah jambatan

Oleh – Syeikh Baran


Wanita maut kenderaan terjunam bawah jambatan
Keadaan kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mangsa mengalami kerosakan teruk akibat terjunam ke bawah jambatan di Kilometer 2, Jalan Sungai Koyan-Raub dekat Felda Sungai Koyan di sini semalam.

Seorang wanita maut manakala suaminya cedera apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas di atas jambatan di Kilometer 2, Jalan Sungai Koyan-Raub dekat Felda Sungai Koyan di sini semalam.

Kejadian tersebut telah meragut nyawa surirumah, Azlina Mohamed, 45, yang beralamat di Felda Sungai Koyan 1, manakala suaminya, Mohd Nazaruddin Abdullah,50, yang juga seorang pengurus Felda mengalami kecederaan di bahagian kepala.



Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli Mohd Noor berkata, semasa kejadian mangsa yang menaiki kereta Perodua Kancil dalam perjalanan dari arah Raub menghala ke Sungai Koyan.

” Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jambatan dan jatuh terjunam ke bawah jabatan.

“Akibat kemalangan penumpang yang juga isteri pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu keretamengalami kecederaan di bahagian kepala,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut.



Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

” Siasatan di tempat kejadian mendapati keadaan jalan lurus satu lorong dua hala dengam garisan tengah berkembar sebagai pembahagi jalan dan semasa kejadian permukaan jalan kering,”ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button