Warga emas maut kereta dihempap batu

Oleh – Syeikh Baran


Warga emas maut kereta dihempap batu

Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya dihempap batu yang jatuh dari atas bukit di Kuala Tomani, Mansaam semalam.



Mangsa dikenali sebagai Ho Ka Cheong, 66, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom Penolong Penguasa Bomba Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.27 tengah hari sebelum sepasukan pegawai digerakkan ke lokasi yang terletak 55 kilometer.

“Kejadian melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dihempap batu jatuh dari atas bukit.

“Terdapat seorang mangsa lelaki di dalam kereta terbabit.



“Pasukan bomba yang menjalankan operasi terpaksa berhenti sebaik menempuh perjalanan sejauh 45 kilometer selain menaiki kenderaan orang awam sejauh 10 kilometer lagi untuk melalui jalan tidak berturap iaitu laluan lori balak untuk tiba di lokasi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan dan mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan
sebaik ketibaan pasukan bomba di lokasi.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.



Menurutnya, operasi keseluruhan ditamatkan pukul 3.22 petang.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button