2 pengurus kilang ditahan

Oleh – Syeikh Baran


2 pengurus kilang ditahan
Dua pengurus kilang ditahan untuk siasatan berhubung pelepasan efluen perindustrian ke longkang awam dan mencemarkan Sungai Tukang Batu. – Foto ihsan JAS

Dua pengurus di sebuah kilang berasaskan oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini, ditahan bagi membantu siasatan berhubung pelepasan efluen perindustrian ke longkang awam dan mencemarkan Sungai Tukang Batu dekat sini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata mereka berusia 44 dan 38 tahun itu ditahan di premis berkenaan jam 5 petang tadi, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.



“Isnin lalu, JAS cawangan Pasir Gudang menerima aduan awam berhubung pencemaran efluen perindustrian berwarna putih ke longkang awam dan seterusnya ke sungai Tukang Batu.

“Keesokan harinya JAS cawangan Pasir Gudang menjalankan siasatan susulan dan mendapati masih terdapat pelepasan efluen perindustrian berwarna putih dan berbuih.

“Hari ini, lebih kurang jam 8 pagi, JAS Cawangan Pasir Gudang menerima aduan pelepasan air warna hitam di lokasi aduan sama,” katanya melalui kenyataan.

Mohd Famey berkata, penahanan dua individu itu dibuat di bawah Seksyen 37C(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.



Kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
 
Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button