Rumah Suu Kyi dilelong pada harga RM705 juta

Rumah Suu Kyi dilelong pada harga RM705 juta

Rumah Suu Kyi dilelong pada harga RM705 juta
FOTO fail menunjukkan Obama dan Suu Kyi ketika sidang media di rumah pemimpin Myanmar itu pada November 2014. FOTO AFP

Yangon: Rumah agam pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, dilelong pada Rabu dengan harga minimum AS$150 juta (RM705.82 juta).

Bagaimanapun, ia tidak menarik sebarang bidaan.

Rumah dua tingkat dan tanah seluas 0.8 hektar itu dijual berikutan pertikaian selama berdekad-dekad mengenai harta antara pemenang Hadiah Nobel itu yang ditahan sejak rampasan kuasa tentera pada 2021, dan abangnya.



Menjelang lelongan, sekumpulan kecil kebanyakannya wartawan berkumpul di luar rumah era kolonial di University Avenue itu, tidak jauh dari Kedutaan Amerika Syarikat.

Pegawai keluar dari pintu pagar dan mengumumkan pembukaan lelongan dengan menekan loceng kecil tiga kali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Naib Presiden UMNO gesa isu stoking diselesaikan segera




Di atas pintu pagar, ada potret bapa Suu Kyi, wira kemerdekaan Aung San, manakala ada notis mengiklankan harga sebagai AS$150 juta berdasarkan kadar pertukaran rasmi.

“Tiada sesiapa untuk membida,” dia mengumumkan sebelum membunyikan loceng bagi menutup lelongan.

Pegawai keselamatan berpakaian preman mengambil gambar wartawan yang membuat liputan.

Selama kira-kira 15 tahun, Suu Kyi dikurung di rumah itu selepas dia menjadi terkenal semasa demonstrasi besar menentang junta pada 1988.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tiada Lagi Pesta Pingat Kebesaran Di Era Pemerintahan YDP Agong Ke 17


Terputus hubungan dengan suami dan anak-anaknya di England, Suu Kyi menghabiskan masanya dengan bermain piano, membaca novel detektif dan bermeditasi ketika statusnya sebagai pemimpin demokrasi semakin meningkat.

Ratusan orang berkumpul di atas kaki lima di luar hartatanah itu untuk mendengar ceramahnya mengenai demokrasi dan memerangi pemerintahan tentera.



Selepas dibebaskan pada 2010, dia tinggal di vila itu dan ia menjadi tempat dia menerima kehadiran beberapa pemimpin asing, wartawan dan diplomat.

Pada 2012, Presiden AS ketika itu, Barack Obama melawatnya di vila berkenaan.

Suu Kyi meninggalkan Yangon pada 2012 sebelum berpindah ke ibu kota yang dibina tentera Naypyidaw.

Dia ditahan di sana pada awal pagi 1 Februari 2021 apabila tentera merampas kuasa sekali lagi sekali gus menjerumuskan negara Asia Tenggara ke dalam pergolakan berdarah.



Rumah Suu Kyi dilelong pada harga RM705 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button