3 budak rompak bank

3 budak rompak bank

3 budak rompak bank
TIGA ‘penjenayah cilik’ yang merompak sebuah di Texas.

Houston: Tiga kanak-kanak dan remaja lelaki berusia 11, 12 dan 16 tahun digelar ‘Little Rascals’ selepas ditangkap, baru-baru ini, kerana didakwa merompak sebuah bank di Texas.

Pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Houston berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan Selasa itu, didakwa merompak dengan melakukan ugutan.

Stesen televisyen tempatan KTRK memetik Pejabat Syerif Harris County sebagai berkata, kanak-kanak itu memberikan nota ugutan kepada juruwang bank dan melarikan diri dengan berjalan kaki bersama sejumlah wang tunai yang tidak ditentukan.

Dua daripada kanak-kanak lelaki itu yang nampaknya tidak cuba memakai menyembunyikan identiti semasa rompakan itu apabila tidak mengenakan topeng muka, dan dikenal pasti ibu bapa mereka.

3 budak rompak bank

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker