Lelaki mabuk cetus onar tunjuk alat sulit

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki mabuk cetus onar tunjuk alat sulit
Suspek lelaki (kiri) yang ditangkap orang awam di Bukit Belimbing, Seksyen 26, Shah Alam.

Perbuatan seorang lelaki menunjukkan kemaluannya kepada wanita sehingga menimbulkan kekecohan di Bukit Belimbing, Seksyen 26 di sini, Selasa lalu memakan diri apabila dia diberkas polis.

Suspek berusia 46 tahun yang mabuk dan mengalami masalah mental itu ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.



Insiden kekecohan tersebut turut tular menerusi beberapa video memaparkan suspek cuba melarikan diri dengan kereta namun ditahan orang awam sehingga mendatangkan kekecohan di perumahan tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tular di taman perumahan itu, kira-kira pukul 11 malam.

“Perkara itu dimaklumkan seorang mangsa wanita mengenai tindakan suspek menunjukkan kemaluan terhadapnya. Tangkapan kemudian dibuat orang awam di lokasi kejadian dan menyerahkan lelaki itu kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, siasatan juga mendapti suspek sedang menjalani rawatan psikiatrik di sebuah hospital swasta di Klang.



Sumber – KOSMO!ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading