Waspada pelaburan palsu guna nama CEO Petronas

Oleh – Syeikh Baran


Waspada pelaburan palsu guna nama CEO Petronas
Gambar Hiasan

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menggesa orang ramai supaya berwaspada dengan penyalahgunaan nama, logo syarikat dan imej Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.

Petronas dalam kenyataan berkata, pihaknya ambil maklum mengenai perkara tersebut yang menggunakan perisian kecederdasan buatan (AI) untuk mengubah dan memanipulasi imej serta suara eksekutif tertinggi syarikat berkenaan.



“Imej pegawai Petronas juga disalahgunakan untuk mencipta akaun pesanan sosial palsu untuk mengelirukan orang ramai.

“Imej yang dimanipulasi itu tersebar di beberapa platfrom media sosial serta aplikasi pemesejan yang meminta orang ramai untuk menyertai skim pelaburan palsu,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, Petronas juga membuat laporan polis berhubung penyalagunaan maklumat tersebut.

“Orang ramai juga digesa untuk lebih berhati-hati dan dapatkan maklumat sahih di saluran rasmi Petronas sahaja,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading