Tampil gaya hidup moden

Tampil gaya hidup moden

Tampil gaya hidup moden

LBS Bina Group Bhd (LBS) melancarkan BSP Sutera, pembangunan residensi kediaman yang menampilkan kehidupan moden di Bandar Saujana Putra.

Terletak di atas tanah seluas tujuh ekar, BSP Sutera memberi definisi baharu gaya hidup komuniti dengan pilihan kediaman dan rangkaian kemudahan yang menarik dan terletak di lokasi yang strategik.



BSP Sutera menawarkan dua jenis kediaman densiti rendah, iaitu pangsapuri dan rumah bandar dengan 421 unit, masing-masing direka untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup semasa.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dr Lim Hock San berkata, pembangunan BSP Sutera dijangka menjana nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM207 juta, menggariskan kepentingannya terhadap merancakkan industri dan landskap hartanah negara.

“Di LBS, kami komited untuk menyediakan rumah yang memenuhi keperluan penduduk dan berusaha melangkaui jangkaan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah




“Dalam masa yang sama, menerusi pembangunan projek BSP Sutera, kami berhasrat untuk menyediakan gaya kehidupan yang lestari dan bersepadu yang memupuk elemen-elemen ketersambungan, komuniti dan mampu milik,” katanya dalam kenyataan.

Bermula dengan harga mampu milik serendah RM442,680 (tujuh peratus diskaun Bumiputera) dan keluasan bermula daripada 850 kaki persegi sehingga 1,471 kaki persegi bagi rumah bandar, memastikan ia memenuhi kriteria keperluan semua.

Selain daripada kediaman yang direka dengan teliti, BSP Sutera turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti fasiliti senaman luar, trek joging, kebun komuniti, gelanggang futsal, dan banyak lagi.



Daripada kemudahan kawasan rekreasi sehingga ke pusat kecergasan dan taman permainan bersepadu, penduduk boleh menikmati gaya hidup aktif dan memberi kepuasan di kawasan persekitaran perumahan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Amerika Minta Iran Benarkan Israel Serang Balas Demi Menjaga Maruah Israel


“Sebuah kediaman ideal bukan sahaja merangkumi ruang kediaman dan akses semata-mata, kemudahan sekeliling turut memainkan peranan penting di dalam pemilihan kediaman berkualiti.



“Kedudukan BSP Sutera yang terletak di lokasi yang amat strategik berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti institusi pendidikan, pusat beli-belah, hospital serta hab pengangkutan, memberi kelebihan dan sekaligus memastikan semua keperluan penduduk berada di dalam capaian mereka,” katanya.

Tampil gaya hidup moden

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button